Followers

March 25, 2010

ALFATIHAH


Al fatihah.....salah seorang guru SKPK iaitu Pn Rubiah binti Kimi telah kembali kerahmatullah pada jam 3.10 petang bersamaan 24 Mac 2010 di kediaman beliau di Kg Seri Bunian. Beliau telah disemadikan pada keesokkan harinya di tanah perkuburan Kg Seri Bunian. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempat di dikalangan orang yang beriman..Amin.....

Kami warga SKPK amat bersedih atas pemergian beliau....

March 12, 2010

MESYUARAT AGONG PIBG KALI KE 27






Sekitar Mesyuarat Agung PIBG kali ke 27 yang diadakan pada hari Sabtu, 13 Mac 2010....

Terima kasih atas kehadiran ibubapa yang menggalakkan...

March 8, 2010

Pertandingan Sepaktakraw Peringkat Zon Bandar 2010

dari kiri : MuhdAziman, Fakrul Ruzaini, Muhd Lutfi dan Hafizi


Tahniah diucapkan kepada pasukan sepaktakraw SK Parit Kudus kerana mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Sepaktakraw Peringkat Zon Bandar yang diadakan pada 6 Mac 2010 bertempat di SK Bandar Pontian.
Majulah Sukan untuk SKPK....

KEM BESTARI SOLAT 2010

Tarikh : 6 Mac 2010
Masa : 8.00 pagi
Tempat : SK Parit Kudus

murid didedahkan cara mengambil wudhuk dan solat dengan terperinci

murid tekun mendengar cara solat yang betul


murid diajar cara bersolat yang betul

March 5, 2010

Kakitangan SKPK


EN MALIK BIN ABD GHANI
PEMBANTU TADBIR ( N17 )


CIK ROHAYA BINTI SAIMAN
PPM PRASEKOLAH ( N17 )


EN MOHD IKHSAN BIN MOHD IMRAN
PEMBANTU AM PEJABAT ( N1 )
VISI SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGAAN PARIT KUDUS
CEMERLANG MENJELANG 2012

MISI SEKOLAH
~ SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KUDUS SEDIA MEMBERIKAN PENDIDIKAN YANG BERKUALITI MELALUI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DAN AKTIVITI KOKURIKULUM SERTA MELAHIRKAN PELAJAR YANG BERAKHLAK TERPUJI DALAM PERSEKITARAN YANG KONDUSIF BERBANTUKAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SERTA HUBUNGAN KOMUNITI YANG MAMPAN

VISI KEMENTERIAN PELAJARAN
~ SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG

MISI KEMENTERIAN PELAJARAN

~ MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI

MATLAMAT KEMENTERIAN PELAJARAN

~ MELAHIRKAN BANGSA MALAYSIA YANG TAAT SETIA DAN BERSATU PADU
~ MELAHIRKAN INSAN YANG BERIMAN, BERAKHLAK MULIA, BERILMU, BERKETERAMPILAN DAN SEJAHTERA.
~ MENYEDIAKAN SUMBERTENAGA MANUSIA UNTUK KEPERLUAN DAN KEMAJUAN NEGARA
~ MEMBERI PELUANG – PELUANG PENDIDIKAN KEPADA SEMUA WARGANEGARA MALAYSIA


SEJARAH SKPK

SEJARAH SEKOLAH KEB PARIT KUDUS
Sekolah Kebangsaan Parit Kudus telah ditubuhkan pada tahun 1938. Kedudukan sekolah ini lebih kurang 8 kilometer dari Bandar Pontian. Sekolah ini didirikan hasil dari rasa kesedaran penduduk kampung tentang betapa pentingnya ilmu pendidikan terhadap anak –anak mereka. Penduduk kampung ketika itu telah mengadakan pelbagai pungutan derma dari penduduk setempat dan bersama – sama bergotong royong untuk mendirikan bangunan sekolah yang diperbuat dari kayu kayu hutan berdekatan.

Diatas rasa kerjasama penduduk –penduduk kampung maka terbinalah sebuah bangunan sekolah yang beratapkan daun nipah dan daun kayu – kayu dari hutan. Sebaik sahaja selesai mendirikan bangunan sekolah, beberapa orang wakil dipilih untuk menemui pihak kerajaan dibahagian pendidikan bagi mendapatkan khidmat tenaga pengajar untuk mengajar anak – anak mereka.

Dengan terdirinya sekolah ini, semua anak – anak kampung dapat menimba ilmu pengetahuan. Malah sekolah ini dimanfaatkan bersama oleh anak –anak dari kampung lain yang berhampiran. In adalah kerana Sekolah Kebangsaan Parit Kudus merupakan sekolah yang pertama ditubuhkan dikawasan luar bandar serta berhampiran dengan tempat tinggal mereka

Pada tahun 1956, pihak kerajaan telah memberikan satu peruntukan bagi pembinaan sebuah bangunan baru separuh kekal dan sebuah rumah guru yang menelan belanja sebanyak RM30,000. Kemudahan tersebut ternyata banyak memberi keselesaan kepada anak –anak kampung bagi mendapatkan tempat belajar yang lebih baik.

Pada tahun 1986, Sekolah Kebangsaan Parit Kudus sekali lagi diberi peruntukan bernilai RM45000 bagi menggantikan bangunan sekolah lama yang berusia 30 tahundan agak uzur.Bangunan baru tiga tingkat yang dibina secara pasang siap itu ternyata memperlengkapkan lagi kemudahan kepada anak – anak kampung mendapatkan pendidikan secara lebih terancang. Sehinggalah pada tahun 1991 sekolah ini berjaya menjalankan program Pra Sekolah.

Sebagai usaha mempertingkatkan lagi mutu pendidikan di akhir tahun 2001, Sekolah Kebangsaan Parit Kudus telah menerima peruntukkan bangunan tambahan iaitu 3 bilik darjah bagi mempung pertambahan murid sekolah ini.



PENGASAS SEKOLAH KEB. KG PARIT KUDUS
Pelopor kepada penubuhan sekolah ini adalah ketua kampong pada masa itu, iaitu Tuan Haji Abdul Manan bin Hassan. Beliau telah banyak memberi buah fikiran dan mengajak anak – anak buahnya membersihkan satu kawasan hutan belukar untuk dijadikan tapak pembinaan sekolah. Beliau juga bersama – sama wakil kampung menemui pihak kerajaan bagi mendapatkan tenaga guru untuk berkhidmat dikampung ini.

Hasil dripada kesedaran dan sokongan serta sumbangan berupa wang ringgit mahupun tenaga akhirnya berdirilah Sekolah Kebangsaan Parit Kudus dalam tahun 1938. Berdasarkan kepada slogan “Perkara penting adalah ilmu” dan “Tiada kejayaan dapat dicapai tanpa ilmu” maka hari ni Sekolah Kebangsaan Parit Kudus boleh melahirkan anak – anak bangsa yang berpendidikan dan berjaya. Jesteru itu, anak –anak yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Parit Kudus seharusnya berbangga diatas apa jua yang telah dilakukan oleh datuk nenek mereka demi kemajuan anak bangsa


SENARAI NAMA GURU BESAR

BIL NAMA GURU BESAR TEMPOH BERKHIDMAT
1 Tn Haji Ahmad bin Hj Kassim 1938 - 1950
2 Tn Hj Kumasi bin Hj Dainuri 1950 - 1960
3 Tn Hj Othman bin Mahmod 1961 - 1961
4 Tn Hj Mohd Said bin Hj Abd Majid 1962 - 1970
5 Tn Hj Tamrin bin Hj Rabidin 1970 - 1987
6 En Rahmat bin Jaafar 1987 - 1993
7 En Mohamad bin Samaon 1994 - 1999
8 Pn Hjh Rahimah Ruslan 1999 - sekarang