Followers

March 5, 2010

SEJARAH SKPK

SEJARAH SEKOLAH KEB PARIT KUDUS
Sekolah Kebangsaan Parit Kudus telah ditubuhkan pada tahun 1938. Kedudukan sekolah ini lebih kurang 8 kilometer dari Bandar Pontian. Sekolah ini didirikan hasil dari rasa kesedaran penduduk kampung tentang betapa pentingnya ilmu pendidikan terhadap anak –anak mereka. Penduduk kampung ketika itu telah mengadakan pelbagai pungutan derma dari penduduk setempat dan bersama – sama bergotong royong untuk mendirikan bangunan sekolah yang diperbuat dari kayu kayu hutan berdekatan.

Diatas rasa kerjasama penduduk –penduduk kampung maka terbinalah sebuah bangunan sekolah yang beratapkan daun nipah dan daun kayu – kayu dari hutan. Sebaik sahaja selesai mendirikan bangunan sekolah, beberapa orang wakil dipilih untuk menemui pihak kerajaan dibahagian pendidikan bagi mendapatkan khidmat tenaga pengajar untuk mengajar anak – anak mereka.

Dengan terdirinya sekolah ini, semua anak – anak kampung dapat menimba ilmu pengetahuan. Malah sekolah ini dimanfaatkan bersama oleh anak –anak dari kampung lain yang berhampiran. In adalah kerana Sekolah Kebangsaan Parit Kudus merupakan sekolah yang pertama ditubuhkan dikawasan luar bandar serta berhampiran dengan tempat tinggal mereka

Pada tahun 1956, pihak kerajaan telah memberikan satu peruntukan bagi pembinaan sebuah bangunan baru separuh kekal dan sebuah rumah guru yang menelan belanja sebanyak RM30,000. Kemudahan tersebut ternyata banyak memberi keselesaan kepada anak –anak kampung bagi mendapatkan tempat belajar yang lebih baik.

Pada tahun 1986, Sekolah Kebangsaan Parit Kudus sekali lagi diberi peruntukan bernilai RM45000 bagi menggantikan bangunan sekolah lama yang berusia 30 tahundan agak uzur.Bangunan baru tiga tingkat yang dibina secara pasang siap itu ternyata memperlengkapkan lagi kemudahan kepada anak – anak kampung mendapatkan pendidikan secara lebih terancang. Sehinggalah pada tahun 1991 sekolah ini berjaya menjalankan program Pra Sekolah.

Sebagai usaha mempertingkatkan lagi mutu pendidikan di akhir tahun 2001, Sekolah Kebangsaan Parit Kudus telah menerima peruntukkan bangunan tambahan iaitu 3 bilik darjah bagi mempung pertambahan murid sekolah ini.



PENGASAS SEKOLAH KEB. KG PARIT KUDUS
Pelopor kepada penubuhan sekolah ini adalah ketua kampong pada masa itu, iaitu Tuan Haji Abdul Manan bin Hassan. Beliau telah banyak memberi buah fikiran dan mengajak anak – anak buahnya membersihkan satu kawasan hutan belukar untuk dijadikan tapak pembinaan sekolah. Beliau juga bersama – sama wakil kampung menemui pihak kerajaan bagi mendapatkan tenaga guru untuk berkhidmat dikampung ini.

Hasil dripada kesedaran dan sokongan serta sumbangan berupa wang ringgit mahupun tenaga akhirnya berdirilah Sekolah Kebangsaan Parit Kudus dalam tahun 1938. Berdasarkan kepada slogan “Perkara penting adalah ilmu” dan “Tiada kejayaan dapat dicapai tanpa ilmu” maka hari ni Sekolah Kebangsaan Parit Kudus boleh melahirkan anak – anak bangsa yang berpendidikan dan berjaya. Jesteru itu, anak –anak yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Parit Kudus seharusnya berbangga diatas apa jua yang telah dilakukan oleh datuk nenek mereka demi kemajuan anak bangsa


SENARAI NAMA GURU BESAR

BIL NAMA GURU BESAR TEMPOH BERKHIDMAT
1 Tn Haji Ahmad bin Hj Kassim 1938 - 1950
2 Tn Hj Kumasi bin Hj Dainuri 1950 - 1960
3 Tn Hj Othman bin Mahmod 1961 - 1961
4 Tn Hj Mohd Said bin Hj Abd Majid 1962 - 1970
5 Tn Hj Tamrin bin Hj Rabidin 1970 - 1987
6 En Rahmat bin Jaafar 1987 - 1993
7 En Mohamad bin Samaon 1994 - 1999
8 Pn Hjh Rahimah Ruslan 1999 - sekarang