Followers

July 7, 2011

LARIAN SERENTAK 1M1S1M

SKPK telah menyahut seruan kerajaan untuk melaksanakan larian 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA yang telah diadakan serentak pada 2 Julai 2011 bermula jam 7.45 pagi....

Seramai 150 peserta yang terdiri daripada murid - murid SKPK telah mengambil bahagian untuk memeriahkan lagi larian kali ini....

Larian diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang yang berjaya menamatkan larian....

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA....

ALFATIHAH



ALFATIHAH....atas kehilangan seorang warga SKPK iaitu ALYARHAMAH ADIK ALIA SYAHIRAH BINTI MOHD YUSOF yang telah kembali kerahmatullah pada Rabu, 29 Jun 2011 bersamaan 27 Rejab 1432 H....



Beliau telah menderita sakit Leukimia yang kronik sejak tahun lalu dan telah menjalani rawatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Baharu....



Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya dan ditempatkan bersama - sama insan yang solehah..AMIN YA RABBALALAMIN....

May 18, 2011

SAMBUTAN HARI GURU 2011

Sambutan Hati Guru Peringkat sekolah telah diadakan pada 16 Mei 2011 dengan tema tahun ini iaitu " Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara". Pelbagai acara telah diatur untuk memeriahkan lagi sambutan kali ini. Antaranya perarakan guru - guru, sukaneka dan persembahan guru dan murid.

Terima kasih kepada semua guru- guru dan murid - murid yang telah menjayakan sambutan kali ini.....

May 5, 2011

KARNIVAL BAHASA MELAYU PERINGKAT ZON BANDAR 2011

pendaftaran

peserta pidato SKPK, adik Hizrina Yahya


Johan Pidato Tahap 2, adik Muhammad Fakhri ( SKTMI1)

peserta pertandingan bercerita tahap 1


penyampaian hadiah dan sijil kepada pemenang


TARIKH:
05 MEI 2011

TEMPAT:
SK PARIT KUDUS

memberi peluang kepada murid - murid menampilkan bakat sedia ada.
menggalakkan murid - murid membaca buku cerita.
menggalakkan murid - murid menggunakan Bahasa Melayu dengan sebutan yang betul.
melatih murid - murid bersifat berketerampilan.
meningkatkan daya pemikiran kreatif ketika membuat persembahan.
membiasakan murid - murid dengan situasi pertandingan sebenar.
memilih wakil sekolah ke pertandingan peringkat zon.

SEKALUNG BUDI KEPADA

Pejabat Pendidikan Daerah
Guru - guru SKPK
Guru - guru Sekolah - sekolah Kebangsaan Zon Bandar
Guru Besar - Guru Besar Sekolah - sekolah Zon Bandar
semua yang terlibat dalam menjayakan Karnival Bahasa Melayu peringkat zon Bandar.

April 18, 2011

SKPK JUARA....

Pasukan Bola Tampar


duduk dari kiri : adik Irsyad, adik Khairul Azwan, Adik Afizan, Adik Syafiq

berdiri dari kiri : Adik Aliffuddin, adik Amzar Haziq, adik abdul Qayyum, Adik Hariz Danial , adik Hakimy dan adik Danial ( tiada dalam gambar )



Pasukan Sepaktakraw


dari kiri ; adik Abdul Qayyum, Adik Fakhrul Ruzaini, adik Irsyad dan adik Hakimy


Tahniah kepada pasukan Bola Tampar dan Sepaktakraw SKPK yang telah menjadi Johan di peringkat MSSD Zon Bandar Pontian 2011....

Pasukan Bola Tampar sekolah juga telah memenangi tempat ketiga di peringkat Daerah..sekaligus melayakkan seorang daripada pemain sekolah mewakili Bola Tampar ke peringkat negeri....Tahniah...

April 4, 2011

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD PONTIAN PERINGKAT ZON BANDAR 2011

Adik Hizrina Yahya, Naib Johan Lontar Peluru (P) bawah 12



acara 4x100m (L) bergambar sebelum acara bermula






kecil- kecil cili padi....walau pun kecil kami kuat lari..






sesi taklimat sebelum larian bermula






Selasa, 22 Mac 2010- Kejohanan Olahraga MSSM peringkat Zon Bandar telah diadakan pada 22 -23 Mac 2010. Sekolah Parit Kudus tidak terkecuali daripada menghantar penyertaan bagi memberi laluan kepada murid - murid untuk menunjukkan bakat mereka dalam bidang sukan serta meningkatkan penyertaan mereka dalam bidang kokurikulum. Beberapa orang murid berjaya merangkul beberapa pingat dalam beberapa acara antaranya:





  1. Adik Hizrina Yahya pemenang Naib Johan bagi acara Lontar Peluru ( P ) bawah 12



  2. Adik Nurdini Mohd Sharif, Tempat ketiga dalam acara Lontar Peluru (L) bawah 12



  3. Adik Aiman Irsyad Mohd Jalaluddin, Naib Johan bagi acara Lompat Jauh (L) bawah 10


Tahniah sekali lagi kepada adik Adik Aiman Irsyad yang telah terpilih sekaligus memenangi tempat ketiga bagi acara 4X100m (L) bawah 10 di MSSM Pontian pada 24 Mac 2011, hari berikutnya.

March 23, 2011

Sambutan Maulidurrasul 2011

bergambar sebelum memulakan perarakan

murid bergaya dengan baju berwarna warni


acara perarakan memeriahkan majlis

Ceramah yang padat dengan pengajaran

tukang masak import...En Roslan ( bekas warga SKPK )

hidangan dalam dulang

menu istimewa "ayam masak merah SKPK"


murid beratur untuk mendapatkan juadah


Jumaat, 4 Mac 2011 - Sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah telah diadakan pada hari ini dengan tema " 1 Malaysia 1 Ummah". Sambutan yang sederhana tetapi cukup meriah ini telah diserikan lagi dengan kehadiran ibubapa murid - murid sebagai tanda sokongan mereka terhadap aktiviti sekolah. Pihak sekolah telah menjemput Ustaz Norhisham Danuri sebagai penceramah jemputan pada hari tersebut.
Sehari sebelum majlis diadakan, acara "rewang" telah diadakan melibatkan semua guru2 dan kakitangan sekolah. Semua warga SKPK beramai - ramai memeriahkan aktiviti rewang ini hingga lewat malam. Dan hasilnya, murid2 dan ibubapa dapat menikmati juadah istimewa pada hari tersebut.

Diharap aktiviti seperti ini dapat diteruskan dimasa akan datang. Selain dapat menikmati juadah istimewa, pihak sekolah juga dapat mengeratkan ikatan silaturrahim diantara ibubapa dan warga kampung Parit Kudus.