Followers

March 23, 2011

Sambutan Maulidurrasul 2011

bergambar sebelum memulakan perarakan

murid bergaya dengan baju berwarna warni


acara perarakan memeriahkan majlis

Ceramah yang padat dengan pengajaran

tukang masak import...En Roslan ( bekas warga SKPK )

hidangan dalam dulang

menu istimewa "ayam masak merah SKPK"


murid beratur untuk mendapatkan juadah


Jumaat, 4 Mac 2011 - Sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah telah diadakan pada hari ini dengan tema " 1 Malaysia 1 Ummah". Sambutan yang sederhana tetapi cukup meriah ini telah diserikan lagi dengan kehadiran ibubapa murid - murid sebagai tanda sokongan mereka terhadap aktiviti sekolah. Pihak sekolah telah menjemput Ustaz Norhisham Danuri sebagai penceramah jemputan pada hari tersebut.
Sehari sebelum majlis diadakan, acara "rewang" telah diadakan melibatkan semua guru2 dan kakitangan sekolah. Semua warga SKPK beramai - ramai memeriahkan aktiviti rewang ini hingga lewat malam. Dan hasilnya, murid2 dan ibubapa dapat menikmati juadah istimewa pada hari tersebut.

Diharap aktiviti seperti ini dapat diteruskan dimasa akan datang. Selain dapat menikmati juadah istimewa, pihak sekolah juga dapat mengeratkan ikatan silaturrahim diantara ibubapa dan warga kampung Parit Kudus.